.

Tuesday 9 August 2011

Mengapa Kanak-Kanak Lelaki Tidak Mendengar Cakap?

Kanak-kanak lelaki sering dimarahi guru dan ibu bapa kerana tidak mendengar apa yang mereka katakan. Mengapa? kerana kanak-kanak lelaki ketika membesar, terutama ketika menjangkau usia baligh, saluran telinga mereka mengalami pembesaran yang menyebabkan mereka pekak buat sementara waktu.

Guru wanita memarahi murid lelaki dan perempuan dengan cara yang berbeza kerana ternyata mereka lebih peka kepada perbezaan pendengaran yang terdapat pada murid lelaki dan perempuan.

Apabila murid perempuan enggan bertentang mata dengan guru ketika dimarahi, guru perempuan terus memarahinya. Namun, apabila murid lelaki mengalihkan pandangannya, guru-guru perempuan tahu murid lelaki itu tidak mendengar apa yang sedang dikatakan guru itu.

Guru mungkin berkata,
"Pandang saya apabila saya bercakap dengan awak." 

Malangnya penglihatan murid lelaki lebih baik daripada pendengarannya. Sebagai demontrasi yang ringkas, kira bilangan huruf K yang terdapat dalam ayat berikut:
"Kajian saintifik itu memakan masa bertahun-tahun
dan memerlukan tenaga kerja yang ramai."
Murid lelaki dapat memberikan jawapan yang lebih baik berbanding murid perempuan. Mereka dapat mencari kelima-lima huruf K yang terdapat dalam ayat di atas.


Tetapi apabila ayat itu dibaca dengan kuat, murid perempuan dapat mengira huruf-huruf K dengan lebih baik berbanding murid lelaki.

Kepada bakal guru inilah hakikatnya yang perlu anda selami.

4 comments:

  1. whoaaa.. nice.. xtau la plak.. tersentap cz slalu mrh n tengking ank murid

    ReplyDelete
  2. btol2 bro..
    wa sokong ur statement...haha!!

    ReplyDelete
  3. tengs bro-bro. .
    aq pn dapat artikel nie dari buku. .
    jz kongsi bersama. .

    ReplyDelete
  4. patut la adek lelaki aku selalu kne marah =.='
    aku yang sakit telinga, kerana kepekaan aku terhdp pndgrn ye..

    http://nadhiravioletgrey.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...