Wednesday, 10 August 2011

Ujian Berus Gigi (Lelaki vs Perempuan)


Kebanyakkan perempuan dapat memberus gigi mereka sambil berjalan dan berbual pelbagai topik. Mereka dapat memberus gigi dengan gerakkan atas ke bawah pada masa yang sama mengelap meja dengan gerakkan bulatan dengan tangan yang lain. 

Walaubagaimanapun tidak mustahil, kebanyakkan lelaki berasa sukar melakukan perkara yang sama.


Semasa memberus gigi, lelaki bertindak menurut arahan otaknya iaitu hanya memberus gigi. Mereka memberus sambil menjarakkan kedua-dua kaki di hadapan singki. Kepalanya bergerak kehadapan dan ke belakang mengikut pergerakkan berus. 


Pada kebiasaannya, kelajuan memberus juga mengikut kelajuan air paip yang terpasang (elakkan membazir wahai kaum lelaki).-aku pun selalu macam ni-

Kucing nie lelaki ke perempuan??hahahaa. .
GIGIH memberus En.Kucing.
TAHNIAH bro. .

Tuesday, 9 August 2011

Mengapa Kanak-Kanak Lelaki Tidak Mendengar Cakap?

Kanak-kanak lelaki sering dimarahi guru dan ibu bapa kerana tidak mendengar apa yang mereka katakan. Mengapa? kerana kanak-kanak lelaki ketika membesar, terutama ketika menjangkau usia baligh, saluran telinga mereka mengalami pembesaran yang menyebabkan mereka pekak buat sementara waktu.

Guru wanita memarahi murid lelaki dan perempuan dengan cara yang berbeza kerana ternyata mereka lebih peka kepada perbezaan pendengaran yang terdapat pada murid lelaki dan perempuan.

Apabila murid perempuan enggan bertentang mata dengan guru ketika dimarahi, guru perempuan terus memarahinya. Namun, apabila murid lelaki mengalihkan pandangannya, guru-guru perempuan tahu murid lelaki itu tidak mendengar apa yang sedang dikatakan guru itu.

Guru mungkin berkata,
"Pandang saya apabila saya bercakap dengan awak." 

Malangnya penglihatan murid lelaki lebih baik daripada pendengarannya. Sebagai demontrasi yang ringkas, kira bilangan huruf K yang terdapat dalam ayat berikut:
"Kajian saintifik itu memakan masa bertahun-tahun
dan memerlukan tenaga kerja yang ramai."
Murid lelaki dapat memberikan jawapan yang lebih baik berbanding murid perempuan. Mereka dapat mencari kelima-lima huruf K yang terdapat dalam ayat di atas.


Tetapi apabila ayat itu dibaca dengan kuat, murid perempuan dapat mengira huruf-huruf K dengan lebih baik berbanding murid lelaki.

Kepada bakal guru inilah hakikatnya yang perlu anda selami.

Tips berguna elak JERAWAT.

Sapa suka jerawat atas muka?. .
- TIPS BERGUNA -



1. Pastikan cadar katil anda bersih.


Semua orang mesty akan tidur rite? so.. pade sesape yang mempunyai kulit sensitif, pastikan cadar katil anda sentiasa bersih. sebab mase kite tidur, kite xtau macam mane keadaan muke kite. bakteria yang ada pada cadar akan mudah berpindah ke muka anda. so, rajin2 la ganti cadar ye.
 
2. Cuci muka 2 kali sehari
Ingat.. bukan bermakne kerap kali cuci muka. muka korang akan bersih. salah tu. makin kerap korang cuci muka guna permbersih muka, kelembapan semulajadi kat muka korang akan hilang. so, pastikan korang cuci muka 2 kali sehari je. ok?
 
3. Banyak minum air masak.
Kulit muka yang berminyak akan mengalakkan lagi pertumbuhan jerawat. untuk balance kulit korang, banyakkan minum air masak. selain melembapkan kulit, ia juga bagus untuk sistem perkumuhan.
 
4. Jangan amalkan sentuh muka dengan tangan.
kalau korang terasa macam nak sentuh kulit muka korang, pastikan tangan korang dalam keadaan bersih. cuci tangan dulu, baru leh belai kulit muka korang. cara lain, korang boleh gunakan tisu yang bersih. kehadiran bakteria yang banyak kat tangan tu akan memburukkan lagi keadaan kulit muka korang. jadi, berhati-hati ye.
 
5. Pakai rangkaian pembersih yang sesuai dengan kulit muka.

kalau korang baru nak cuba 1 jenama pencuci muka, pastikan korang beli trial pack dulu. jangan beli disebabkan jenama atau sebab ramai orang guna. kulit muka setiap orang berbeza-beza. jadi, kalau rase pembersih muka yang korang gune sekarang nie da ok.. jangan la gatal2 nak tukar ye. nanti tah ape jadik pulak kalau korang tukar. 

selamat mencuba!. 

Saturday, 6 August 2011

Kecantikan Lelaki vs Kegagahan Wanita?

Kecantikan Lelaki

Kecantikan Lelaki
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik, adalah:-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang tenang dan lapang dada
4) Lelaki yang baik sangka
5) Lelaki yang tak pernah putus asa
6) Lelaki yang bijak menangani segala permasalahan
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hatinya. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna bagi seorang lelaki.

Kegagahan wanita

Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada anggota badannya, tetapi pada kekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah,adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh imannya. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.


Wanita Berfikir dengan Suara?

VS

"Isteri saya mampu membuatkan saya menjadi separuh gila apabila dia menghadapi masalah ataupun asyik bercerita perihal rancangannya" luah seorang suami dalam satu seminar. "Dia bercakap jelas perihal pilihan,  kemungkinan, orang yang terlibat, apa yang perlu dilakukan dan kemana dia pergi. Semua ini menggangu saya dan membuat saya lemas", tambah dia lagi.

Wanita menyuarakan perkara dengan jelas dan menyatakan butiran pilihan serta kemungkinannya secara rambang.

Otak wanita menggunakan pertuturan sebagai cara meluahkan perasaan mereka.

Ini adalah salah satu daripada kekuatan yang mereka miliki. Sekiranya lelaki perlu melaksanakan lima atau enam tugas, dia berkata , 

"Saya ada perkara lain yang perlu dibuat, saya jumpa awak kemudian."

Wanita pula mengatakan denga jelas semua perkara yang perlu dibuat dalam susunan yang rawak. Dia juga menyebut semua pilihan dan kemungkinan yang ada. Dia berkata, "

Baiklah, saya perlu ambil pakaian di ampaian, cuci kereta, kemas rumah dan nak masak. Oh ya, tadi Amin menelefon awak dan meminta awak menghubunginya semula. Kemudian saya perlu ambil barang di pejabat pos dan saya fikir saya boleh terus mendapatkannya. . . . . . ." 

Inilah salah satu sebab mengapa lelaki kerap menuduh wanita suka bercakap banyak.

Lelaki pun ada mcam ni ker???. .:)

Tuesday, 2 August 2011

Kenapa Budak Lelaki Tiba-tiba Tinggi??

Lelaki secara umumnya lebih tinggi dari Perempuan


Budak lelaki mula meninggi beberapa tahun selepas budak perempuan. Mereka boleh meninggi dengan mendadak sekitar umur 12 atau 13 setiap tahun. 

Ia mula memuncak semasa umur 14 apabila budak lelaki boleh membesar sehingga 4 inci setiap tahun! Pada masa ini, kamu mula terpaksa mendongak hanya untuk bercakap dengan mereka. 

Mereka juga mungkin akan tampak lebih kacak. Lengan dan kaki mereka akan menjadi lebih panjang, dan bolehlah mereka bermain bola keranjang dengan mudah. Sama seperti gadis muda, tahap tinggi hormon pertumbuhan dan sedikit estrogen yang bertanggungjawab untuk pertumbuhan mendadak ini. 

Ia, budak lelaki pun ada estrogen juga. Tapi mereka mempunyai lebih testosteron yang membuatkan mereka lebih keras dan agresif. Masa ini, mereka mudah bergaduh dan sukakan sukan lasak.


Mesti Tahu - Mengapa Syok menjadi Lelaki ?


‎1. Perbualan telefon biasanya mengambil masa tidak lebih 30 saat.
2. Anda mengetahui banyak perkara berguna mengenai automotif dan senjata.
3. Percutian seminggu memerlukan hanya satu beg bimbit.
4. Tidak perlu berbaris panjang untuk memasuki bilik air, tidak perlu berbaris langsung untuk membuang air kecil.
5. Dapat membuka semua penutup botol dan balang.
6. Kawan - kawan tidak ambil peduli sama ada berat badan anda bertambah atau tidak.
7. Ketika mencari – cari rangkaian TV untuk di tonton, anda tidak perlu berhenti setiap kali terlihat adegan orang menangis.
8. Tidak perlu membawa benda wajib dalam beg kecuali dompet walau kemana - mana anda pergi.
9. Tidak perlu teman ke bilik air.
10. Nama kekal dalam kad pengenalan anak.
11. Tidak perlu mengemaskan bilik hotel sebelum meninggalkannya.
12. Garaj kereta atau bilik bawah tanah kepunyaan anda seorang.
13. Mendapat penghargaan dengan sedikit usaha yang rajin dan murni seperti mengemas rumah atau menolong ibu bapa.
14. Khusyuk menonton Discovery Channel, terutamanya mengenai pembiakan haiwan.
15. Tidak perlu mencuci tandas.
16. MANDI (AIR, SABUN DAN BASUH RAMBUT) DAN SIAP BERPAKAIAN SERTA BERSIKAT DALAM MASA 10 MINIT.
17. Persiapan untuk perkahwinan berjalan dengan lancar tanpa perlu bersusah – payah.
18. Jika seseorang lupa untuk menjemput anda ke majlis atau partinya, dia masih boleh menjadi kawan baik dan bercerita mengenai majlis tersebut kepada anda.
19. Untuk tiga helai seluar dalam, anda hanya perlu membayar kurang RM 10.
20. Tidak ada seseorang pun rakan sekerja mahupun bos boleh membuat anda menangis.
21. Anda tidak perlu bercukur dari leher ke bawah.
22. Anda tidak perlu tidur dan dicium oleh seseorang lelaki berbadan besar dan berbulu pada setiap malam.
23. Teman tidur anda adalah seorang wanita yang halus dan gebu kulitnya.
24. Anda tidak perlu mencium seseorang yang bermisai KECUALI anda gay.
25. Jika usia anda 34 tahun dan masih solo, tiada siapa akan perasan.
26. Coklat tidak menjadi masalah kepada anda.
27. Tiga pasang kasut sudah lebih daripada mencukupi.
28. Anda boleh berkata apa sahaja malah tergelak besar tanpa bimbang diperhati atau diperkata orang.
29. Boleh berlenggang (tidak berbaju) di khalayak ramai ketika hari panas.
30. Mekanik memberitahu kerosakan sebenar kereta anda serta kos termurah untuk membaikinya.
dan ada bnyak lagi perkara mengapa syok jadi lelaki. . .:)

setiap ciptaan Allah ada kelebihan dan kekurangan,

hargailah kelebihan dan tanganilah kelemahan dengan bijak!

share r, aku pn ambil dari orang juga~

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan


Banyakkan Bacaan Al-Quran di Bulan Yang Penuh Ganjaran Pahala



Allah maha pengampun


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...