Saturday, 6 August 2011

Wanita Berfikir dengan Suara?

VS

"Isteri saya mampu membuatkan saya menjadi separuh gila apabila dia menghadapi masalah ataupun asyik bercerita perihal rancangannya" luah seorang suami dalam satu seminar. "Dia bercakap jelas perihal pilihan,  kemungkinan, orang yang terlibat, apa yang perlu dilakukan dan kemana dia pergi. Semua ini menggangu saya dan membuat saya lemas", tambah dia lagi.

Wanita menyuarakan perkara dengan jelas dan menyatakan butiran pilihan serta kemungkinannya secara rambang.

Otak wanita menggunakan pertuturan sebagai cara meluahkan perasaan mereka.

Ini adalah salah satu daripada kekuatan yang mereka miliki. Sekiranya lelaki perlu melaksanakan lima atau enam tugas, dia berkata , 

"Saya ada perkara lain yang perlu dibuat, saya jumpa awak kemudian."

Wanita pula mengatakan denga jelas semua perkara yang perlu dibuat dalam susunan yang rawak. Dia juga menyebut semua pilihan dan kemungkinan yang ada. Dia berkata, "

Baiklah, saya perlu ambil pakaian di ampaian, cuci kereta, kemas rumah dan nak masak. Oh ya, tadi Amin menelefon awak dan meminta awak menghubunginya semula. Kemudian saya perlu ambil barang di pejabat pos dan saya fikir saya boleh terus mendapatkannya. . . . . . ." 

Inilah salah satu sebab mengapa lelaki kerap menuduh wanita suka bercakap banyak.

Lelaki pun ada mcam ni ker???. .:)

2 comments:

  1. laki pun cakap cam tu jugak tp dlm hati je...haha...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...