Tuesday, 2 August 2011

Kenapa Budak Lelaki Tiba-tiba Tinggi??

Lelaki secara umumnya lebih tinggi dari Perempuan


Budak lelaki mula meninggi beberapa tahun selepas budak perempuan. Mereka boleh meninggi dengan mendadak sekitar umur 12 atau 13 setiap tahun. 

Ia mula memuncak semasa umur 14 apabila budak lelaki boleh membesar sehingga 4 inci setiap tahun! Pada masa ini, kamu mula terpaksa mendongak hanya untuk bercakap dengan mereka. 

Mereka juga mungkin akan tampak lebih kacak. Lengan dan kaki mereka akan menjadi lebih panjang, dan bolehlah mereka bermain bola keranjang dengan mudah. Sama seperti gadis muda, tahap tinggi hormon pertumbuhan dan sedikit estrogen yang bertanggungjawab untuk pertumbuhan mendadak ini. 

Ia, budak lelaki pun ada estrogen juga. Tapi mereka mempunyai lebih testosteron yang membuatkan mereka lebih keras dan agresif. Masa ini, mereka mudah bergaduh dan sukakan sukan lasak.


2 comments:

  1. heehee. salu tym kecikk pmpn ag tggi. ttbe laki tggi dr pmpn bile da stat msuk scndry school kn kn kn >.<

    http://yanadimple.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...