Tuesday, 31 May 2011

Lelaki Perut Buncit? Wanita Punggung Besar??

Wanita Berpunggung Besar?
Kenapa lelaki perut buncit dan wanita berpunggung besar? kajian telah dibuat dan mendapat sebab kenapa ia berlaku. 

Proses semula jadi dalam badan ialah mengedarkan tisu lemak berlebihan sejauh mungkin daripada organ penting badan supaya tidak menjejaskan operasi organ-organ itu.

Selalunya terdapat sedikit ataupun tiada langsung lemak di sekeliling otak, jantung dan alat kelamin. Wanita mempunyai tambahan organ utama iaitu ovari. Oleh sebab itu wanita mampu hamil jarang mengumpulkan lemak berlebihan pada perut.
Lelaki Berperut Buncit?

Lelaki yang tidak mempunyai ovari mengumpul lebihan lemak ini dalam perut buncit. Lelaki juga berlemak di belakang. 

Kita jarang melihat lelaki berkaki gemuk. Lemak berlebihan wanita diedarkan kepada paha, punggung, dan bawah lengan bagi digunakan sebagai sumber makanan semasa menyusu.

Apabila lelaki memiliki ovari, mereka mempunyai paha yang besar dan perut yang kempis juga. Apabila ovari dikeluarkan melalui histerektomi (pembedahan pembuangan ovari), dan proses semulajadi iaitu mengedarkan lemak akan berlaku di kawasan perut.

Sumber dari : Why Men Don't Listen and Women Can't Read Maps

Wednesday, 18 May 2011

Perkara yang amat memalukan dalam hidup si lelaki

Perkara yang amat memalukan dalam hidup si lelaki



Entri kali ini aku hanya mahu kongsi satu perkara yang amat memalukan dalam hidup lelaki.  Korang pernah tak ada suatu perkara yang dilakukan itu menjadikan anda amat malu di hadapan orang lebih-lebih lagi di hadapan perempuan.  Perkara yang mungkin sukar dirungkai dengan perkataan.  

Hanya tersengih atau tersipu malu, cover malu.  Hahahaaa..mesti pernah bukan??kalau tak pernah pun, cuba bayangkan jika anda TERbuat semua perkara di atas. . .tak kan tak rasa malu langsung bukan?

Selalu kita dengar malu adalah cabang iman atau sebahagian dari iman, yeee...memang tepat sekali.

Lelaki akan malu kepada perempuan apabila:
1)     Tiba-tiba ditegur zip seluar tak tutup – perempuan tegur.
2)      Jalan smbil usyha perempuan (tiba2 kaki terjatuh dalam longkang/badan terlanggar tiang) – Perempuan tu usyha pelik je..hahaha..memang malu
3)      Dikutuk kelemahan dihadapan perempuan.
4)      Time khatan dulu, semua pakat nak tengok.huhuhuhu...(malu ke time tu??)
5)      Tahan kentot, tiba – tiba terlepas dengan (bunyi dan bau yang ........) – Tempat orang ramai pulak tu cth dalam function..hahahaa memang pengotor.
6)      Seluar koyak.

Itu je kot.
Sapa nak tambah boleh je komen kat bawah.
Hahahaaa. . . .
Kalau malu macam ini memang tak leh nak buat apa lagi.
Kalau tak malu juga, maknanye kurang normal.
Hahahaaa. . 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...