Monday, 27 June 2011

Bagaimana Cara Memikat Hati Wanita & Ingin Memuji Wanita Dengan Ikhlas?


Hubungan lebih erat jika kita memahami antara satu sama lain



Apabila wanita mencuba baju baru dan bertanya kepada lelaki

"Apa pendapat awak?" . 

Dia mungkin mendapat jawapan mudah seperti 

"Bagus" dan "Elok," 

Jawapan yang tidak memberi apa-apa markah kepada lelaki itu. Bagi mendapat markah tinggi, lelaki perlu memberi jawapan yang sama seperti wanita. Berikan jawapan yang lebih terperinci.

Sesetengah lelaki tidak mahu memberikan jawapan yang terperinci. Namun apabila dia mahu melakukannya, dia mendapat markah tinggi dari kebanyakkan wanita yang selalu melakukannya.

Sebagai contoh apabila dia (lelaki) menjawab, 


"Pilihan yang tepat! Pusing sedikit, biar saya tengok dari belakang. Warnanya memang padan dengan awak. Potongannya kena dengan bentuk tubuh awak. Tudung yang awak pakai cukup padan. Awak nampak menawan. Saya amat menyukainya." 

Kebanyakkan wanita berasa gembira dan lebih yakin terhadap pasangan mereka apabila mendapat pujian seperti ini. Mereka menganggap lelaki itu pandai memikat hati mereka.

Jadi, wahai lelaki di luar sana jom buat mulakan misi ni untuk mendapatkan tarikkan dan mengukuhkan hubungan dengan pasangan anda. 

Elakkan dari TANYA sepatah, JAWAP sepatah. Cuba cara ini. JOM. 

Aku pun nak try jugak, heheheheee. . . . . . . . .:)



Tuesday, 14 June 2011

Lelaki Suka Berterus Terang

Lelaki suka bercakap dengan ayat yang ringkas, terus, bersifat penyelesaian, terus kepada tajuk dan menggunakan pembendaharaan kata yang pelbagai bagi menerangkan fakta. Mereka menggunakan perkataan penentu yang tepat seperti tiada,tidak pernah dan sudah tentu.

Lelaki selalu bercakap secara "tepat & ringkas"
Penggunaan ungkapan yang tepat seperti ini membantu mereka melakukan urusan perniagaan denga cepat dan cekap. Ia juga menggambarkan kuasanya keatas orang lain. Namun begitu, apabila lelaki menggunakan cara percakapan yang sama ketika membina hubungan sosial, dia dianggap sebagai tidak peramah dan kasar.

Amati kenyataan-kenyataan di bawah

*"Pergi masak telur dadar untuk sarapan pagi!"*

*"Buatkan saya telur dadar untuk sarapan pagi, okay?"*

*"Boleh awak buatkan saya telur dadar untuk sarapan pagi?"*

 
*"Awak fikir perlukah kita makan telur dadar untuk sarapan pagi?"*
 
*"Bukankah sedap apabila kita dapat makan telur dadar untuk sarapan pagi?"*
 
*"Awak rasa mahu makan telur dadar untuk sarapan pagi?"*

Permintaan di atas bermula dengan kenyataan yang terang dan berakhir dengan kenyataan yang kabur. Tiga kenyataan pertama besar kemungkinannya diucap oleh lelaki. Manakala tiga kenyataan terakhir diucapkan oleh perempuan.

Semua ayat di atas adalah permintaan yang sama tetapi dinyatakan dengan cara yang berbeza. Kadangkala mudah bagi kita melihat bagaimana rasa mahu makan telur dadar mampu berakhir dengan tangisan seperti,

si perempuan akan berkata,

"Dasar lelaki tak bertimbang rasa. Pergi buat sendiri!" 

dan si lelaki pula berkata,

"Awak memang tak pandai berbuat keputusan. Biar saya ke McDonald sahaja!" 
Lastly


Wednesday, 8 June 2011

Mengapa Lelaki Tidak Mampu Berbohong Kepada Perempuan

Kajian bahasa badan menunjukkan komunikasi berhadapan dan isyarat tanpa bunyi memberi 60% -80% kesan keatas mesej itu. Manakala bunyi pula memberi kesan sebanyak 20%-30%. Bakinya yang berjumlah tujuh hingga 10% adalah untuk kata-kata. Alat deria wanita lebih peka dalam menerima dan menganalisis maklumat-maklumat ini. Kemampuan otaknya menghantar maklumat dengan cepat menjadikannya lebih cekap memahami isyarat lisan, visual dan isyarat lain.
::Kantoi::

Oleh sebab itu, kebanyakkan lelaki tidak mampu berbohong dengan perempuan secara berhadapan. Namun begitu, hampir semua wanita mampu berbohong dengan lelaki secara berhadapan dengan mudah kerana lelaki tidak mempunyai kepekaan mengesan perbezaan antara isyarat lisan dan isyarat bukan lisannya. Apabila lelaki mahu berbohong kepada wanita, kebanyakkan berjaya mungkin disebabkan mereka berbohong melalui telefon, menulis surat, ataupun berbohong dalam gelap serta menutup kepala mereka dengan selimut.

::bercakap benar::

Jadi dalam keadaan sebegini, perempuan perlu lebih berhati-hati supaya tidak terpedaya dengan kata-kata  lelaki apabila mereka menggunakan alat perantara sebagai peghubung dalam percakapan. Pesanan: Lelaki tak payah la nak berbohong dengan perempuan. Kebanyakkan lelaki yang membohongi perempuan lama-kelamaan akan dikesan oleh perempuan dengan mudah. Kes seperti lelaki kawin lain. Selalunya kantoi. tak ada yang terlepas. Kerana perempuan dianugerahkan oleh Allah kehebatan dalam mengesan pembohongaan lelaki. Jadi, lelki jangan jadi hipokrit di hadapan perempuan dan jangan pula ada niat untuk berbohong kepada perempuan. Perempuan pula jangan mengambil kesempatan terhadap kelebihan yang dianugerahkan kepada mereka untuk membohongi lelaki. Ingat syurga mereka dibawah telapak kaki suami. 

Pesanan: Jadilah diri sendiri dan selalu bercakap benar, kerana itu jua lah yang diajar oleh junjungan besar baginda Rasulullah S.A.W kepada umatnya. Sekian. :)
 

Friday, 3 June 2011

Semua Lelaki Ada Minyak Pengasih?

Minyak Pengasih??

Perh. . .biar betul. .?? wah, xperlu la lagi susah-susah mengorat. Hahahaha. . .wowooooo. . .kejap-kejap. Tak perlu la cari minyak pengasih der!. . khurafat semua tu. Meh sini aku nak cerita sikit. Aku nak kongsi apa yang aku baca kat buku yang aku beli baru-baru ni. 

Deria bau wanita lebih baik daripada lelaki. Malah kemampuan ini menjadi lebih kuat dan hebat ketika dia sedang subur. Dia dapat mengesan bau feremon dan bauan kesturi yang dirembeskan lelaki. Bau-bauan ini tidak dapat dikesan secara biasa. Otaknya dapat membaca sistem imun lelaki dan sekiranya sistem imun itu sepadan atau pun lebih kuat daripada sistem imunnya sendiri, dia mengatakan yang lelaki itu menarik ataupun memiliki tarikan luar biasa. Sekiranya sistem imunnya lebih kuat, dia menganggap lelaki itu kurang menarik.

Minyak wangi lelaki mengandungi feromon yang mampu menarik perhatian wanita!

Pakar-pakar yang mengkaji otak mendapati otak wanita dapat menganalisis perbezaan yang terdapat dalam sistem imun ini dalam masa tiga saat pertama sewaktu bertemu. Sistem imun yang secocok menghasilkan keturunan yang mempunyai daya tahan yang lebih kuat. Hasil yang lahir daripada kajian ini adalah banyaknya minyak-minyak yang dipasarkan di pasaran khursus untuk lelaki. Minyak ini dikatakan mengandungi rahsia feromon yang pasti mampu menarik perhatian kaum wanita.Sistem imun yang kuat membuatkan lelaki memiliki tarikan luar biasa.

Kesimpulannya, minyak wangi lelaki yang dipasarkan dipasaran bagi lelaki adalah menjadi daya penarik kepada wanita. Dan wanita yang sedang subur menjadi lebih peka terhadap bau lelaki. Jadi kepada lelaki hati-hati lah kepada wanita sebegini. Kang tersangkut dengan orang gila kat jalan. Tak pasal-pasal je. Hahahahaaa.aaa . . :)



Thursday, 2 June 2011

Membeli-belah: Kegembiraan Bagi Perempuan tapi Kegerunan Bagi Lelaki

Perempuan Membeli Belah

Bagi wanita, membeli-belah umpama bercakap. Ia tidak perlu sebarang sebab atau tujuan dan dapat dilakukan tanpa perancangan selama berjam-jam. Ia tidak memerlukan sebarang matlamat kursus. Wanita menganggap keluar membeli belah itu adalah aktiviti yang menyegarkan dan merehatkan, tidak kira sama ada mereka membeli apa-apa ataupun tidak. Aktiviti membeli-belah sebegini mampu menyebabkan merana kerana pendarahan otak dalam masa 20 minit. Bagi lelaki, apabila mereka mahu kembali bertenaga, mereka perlu objektif, matlamat dan jadual. Lagipun dia pemburu makanan, ini memang tugasnya. Dia hanya mahu menangkap mangsa secepat mungkin dan membawanya pulang ke rumah. Kebanyakkan lelaki mengalami pendarahan otak hanya selepas 20 minit membeli-belah.
Lelaki Membeli Belah

Lelaki hilang sabar dan kecewa apabila dia dibawa bersama ke kedai baju tetapi isteri ataupun pasangannya hanya mencuba sehelai demi sehelai pakaian, bertanyakan pendapatnya tetapi tidak pula membeli apa-apa selepas itu. Wanita memang suka mencuba pelbagai jenis pakaian kerana itu corak pemikiran yang sehaluan dengan otaknya. Pelbagai emosi dan pakaian yang berlainan menggambarkan pemikirannya. Melalui pakaiannya kita mampu menjangka sama ada dia konservatif dan berorentasikan keputusan. 

Agak mudah bagi kita terjumpa lelaki yang meminta pasangan wanitanya membelikannya pakaian. Lelaki yang berpakaian kemas selalunya mendapat bantuan wanita bagi membelikan pakaiannya. Mungkin juga dia homoseks. Satu dari lapan lelaki mengalami buta warna dan mereka sukar membezakan biru, merah dan hijau. Kebanyakkan daripada mereka sukar memadankan corak dan rekaan. Atas alasan itulah mudah untuk  mengenali lelaki mana satu antara mereka adalah orang bujang.
Perempuan perlu bijak
Bagi menggalakkan lelaki turut sama membeli-belah, perempuan harus menjelaskan syarat-syarat apabila memilih. Jelaskan warna, saiz, jenama dan stail yang dimahukan. Nyatakan juga pusat membeli-belah yang dipilih dan berapa masa yang diambil. Dengan objektif yang jelas (walaupun sebenarnya perempuan yang menetapkannya), hasilnya lelaki akan turut teruja !

Sumber : Why Men Dont't Listen and Women Can't Read Maps,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...